petikan dari hati nurani

Di luar masih sejuk, awan gelap lagi, aku harus bangkit dari mimpi lena yang menghanyutkan sang peraih untuk menggapai cita yang tidak pasti. Aku punya impian, impian yang tidak kesampaian, aku ingin menjadi jurutera namun sudah takdir ilahi, aku ke bidang lain. Kita hanya mampu merancang namun Allah menentukannya. Aku redha cuma aku belum yakin samada ingin meneruskan perjalanan di bidang terjunku ini ataupun masih berharap untuk mengejar cita yang tidak pasti.

*****

Di suatu dulu, aku pernah gagal dalam pelajaran ku menyebabkan aku tidak berjaya masuk ke sekolah kejuruteraan. Pada masa itu, aku tidak nekad untuk mengejar impian, aku terus menonggak di arus yang tidak menentu dan akhirnya aku di sini, menjadi tukang kasut yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

*****

Aku masih duduk di bangku kayu ini, menanti rezeki yang tak kunjung datang. Ramai yang berlalu pergi , tapi tidak seorang pun yang datang untuk memperbaiki kasut mereka. Hari ini pendapatan aku tidak menguntungkan , aku hanya membuang waktu.

*****

Aku balik di waktu awan gelap, aku bertemu pondok usangku waktu gelap saat mentari belum terbit dan saat matahari mulai tenggelam. Aku rindukan ayah. Dulu ayah membawa lori ke sana ke mari membawa pasir, kadang² buah kelapa sawit yang telah ditombak, hidup kami tidak lah senang tapi tidak juga sesusah ini. Aku anak sulung dari 12 adik -beradik, ibu asyik dengan jahitan baju secara kecil-kecilan, khusus untuk jiran tetangga dan rakan-rakan ibu.

*****

Kenapa aku jadi tukang kasut? Ianya bermula disebabkan hidup kami yang serba-serbi kekurangan , aku ingat di suatu raya yang masih tersemat di hati. Ayah belikan baju raya dan kasut raya baru untuk aku, kasut itu berwarna putih. Aku terlalu takjub kerana masa itu umur ku 11 tahun dan itu kasut baru yang pertama ayah belikan untuk aku sempena hari raya, biasanya aku jarang dapat kasut baru, kasut sekolah pun adalah ihsan dari sekolah. Daif kehidupan kami sekeluarga, makan-minum kami serba kekurangan, kami bercucuk tanam di tanah terbiar di belakang rumah , adakalanya ibu masak megi 2 bungkus dan kami kongsi 12 orang adik-beradik makan bersama, makan berjemaah. Ibu pula x makan , ayah pula hanya sayu melihat kami, ayah akan kerja kuat lagi bila kami terpaksa makan megi untuk mengalas perut, sehingga kami mampu makan nasi berlauk sayur yang kami tanam di belakang rumah.

*****
Aku masih ada nenek yang pada firasatku memusuhi kami, asal saja kami datang melawat tentu ada saja yang tidak kena, mungkin dia benci melihat kami yang kotor, miskin dan serba kekurangan.
*****
Adik-adik dibiarkan berkeliaran sementara ayah dan ibu pergi bekerja, walaupun aku melarang namun adik-adik ku ini sudah besar kepala, suka membantah kata, akhirnya hanya kami berlima tinggal di rumah. Adik kecil ku masih 2 tahun , sepatutnya dia masih diberi susu ibu namun apala daya kami, ibu terpaksa menoreh getah. Cuma sekarang bila ayah telah tiada, ibu bertukar kerja , aku mengambil alih tugas ayah untuk mencari kerja.
*****
Raya itu kami balik ke rumah nenek , biarpun nenek selalu saja menghamburkan sumpah seranahnya tapi makan-minum di rumahnya tidak pernah kurang. Kami gembira tinggal di rumahnya cuma dia tidak betah menanggung kami untuk tempoh yang lama, paling lama kami tinggal di situ 1 minggu ½, ayah x tahan dengan sindirin nenek yang bagai menusuk ke jantung ulu hati.
*****
“Cantik kasut along, siapa bagi tu?” nenek hairan dengan kasut yang berada di kakiku.Aku tersemyum bangga dan kegembiraan dengan pujian itu kerana dalam adik-beradik yang lain, cuma kami berdua yang memakai kasut, aku dan adik tengah, yang lain masih memakai selipar. ” Urmm, ni ayah yang beli la nek, ayah beli dari Paris” . ” Cewah , sejak bila pula ayah kamu pergi Paris ni?” . ” Adala nek, dalam mimpi..hahahhahha”. ” Kuang hajo punya anak, hurm..yelah engkau tu , tulah kuat kelentong , hidup melarat jer, ikut lah perangai kawan-kawan ko tu”. Aku lari sambil ketawa mengejek pada nenek, kata-kata nenek langsung tidak ku ambil pusing, tak terkesan pun di hati. Sudahnya kasut aku putus, nasib baik nenek tak nampak,aku cari jarum dan benang dan aku jahit kasut ku itu. Aku cuba selama berjam-jam , sakit juga tangan tarik jarum yang agak besar tu, jarum tu adalah yang paling besar di antara deretan jarum yang kecil-kecil. Aku cuba juga, sampai lah kasut tu nampak seperti bercantum semula walaupun benang yang aku guna tu warna kelabu, nampak sangat cacat jahitan tangan aku pada kasut baru yang tak berkualiti tinggi, baru pakai dah rabak. Ibu lihat usahaku, ibu kata, “tukarlah warna benang , ibu membelek kesan jahitan di kasut, ” along berbakat juga menjahit kasut ni, pandai along jahit” . Di situ mulalah minat ku menenun kasut..sehingga menjadi sumber rezeki kami sekeluarga.
*****
™C Tukang kasut..
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s