Perspektif hamba ttg perkahwinan

Akhir-akhir ini , seringkali terlintas di hati untk langsung saja menikah..tapi apa la daya kudrat ku..bila ku lihat ke cermin, masih banyak kekurangan diri, bagaimana aku boleh berfikir untuk mendamba kekasih-Mu Ya Allah untuk menjadi perlindungku, alangkah ruginya diri ku jika Allah sudah hilang perhatian terhadap diriku.. Subhannallah,

Sesungguhnya Allah mengurniakan limpah yang sangat besar kepada hamba yang dikasihinya, adakah aku seorang daripada kekasih-Nya? aku hanya hamba yang serba lemah , masih cuba untuk memperbaiki diri, Allah hu akhbar..

Dulu, aku begitu ingin untuk mempunyai zuriat yang baik, soleh , manis, manja , tempatku bermain ..tapi ku sedar, apa sahaja yang telah ditentukanNya ada hikmahnya, jika Allah tidak memperkenankannya sekarang mungkin lambat lagi atau mungkin xdapat di dunia , mungkinkah di akhirat? Allah huma soli ala Saidina Muhammad waala a’li Saidina Muhammad..

Kini aku redha, jika aku ditakdirkan menjadi kekasih mu seumur hayatku, aku bersyukur Ya Allah..

Aku hanya mampu berdoa, namun segala ketentuan adalah kerana ihsan dari-Nya, sekarang aku sudah sedia menerima jika adanya jodoh mahupun tidak.. mengenang kan belum ada kerelaan ibu-bapa untuk melepaskan aku, aku redha, begitu banyak syarat yang bapa tentukan , walaupun tidak disebut tapi wajar aku sedar ttg perasaan mereka.. aku pun sudah selesa tinggal dirumah cuma tidak betah, makan tidur setiap hari, sebab belum dapat kerja..

Cinta pada lelaki asing sudah lama terluput dari hatiku, bukan sebab aku tiada tarikan ion terhadap jejaka² tampan di bumi ni, tapi sebab aku x yakin . tidak yakin pada diri dapat membendung diri menjauhi maksiat.. baik aku lindungi diri sendiri, sayangi diri sendiri lebih berbaloi.. minta Allah jauhkan diriku dari api neraka, terlepas dari siksaan kubur..

Aku pernah berfikir jika malam ni hari terakhirku, sudah aku siap sedia menghadap kekasih ku itu? adakah aku di bawah lindungan-Nya, adakah aku akan jadi kekasih Allah dan umat Nabi Muhammad S.A.W yang beriman? layak kah aku masuk syurga-Nya.. Ya Allah , lindungi lah kami, keluarga ku, umat Nabi Muhammad S.A.W dari api neraka, siksaan kubur dan sayangi lah kami dari dunia smpi hari akhirat.. Maha suci Allah,

Subhanallah…………………

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s