Rasulallah bersolat sepanjang malam

Surah Ali Imran Ayat 190 & 191.. Sebagai renungan bersama

إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ وَاخْتِلاَفِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ لآيَاتٍ لِّأُوْلِي الألْبَابِ

Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan Bumi, dan silih bergantinya malam dan siang, terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal.

الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَىَ جُنُوبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ

رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَذا بَاطِلاً سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Yaitu orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri dan duduk, dan dalam keadaan berbaring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi sambil berkata: “Ya Tuhan kami, Engkau tidak menciptakan ini dengan sia-sia! Maha Suci Engkau! Maka peliharalah kami dari siksa neraka.”

Seseorang telah memohon kepada Hazrat ‘ Aishah r.anha, ” Ceritakan kepadaku apakah perkara yang aneh yang kamu lihat pada diri Rasulallah S.A.W?” Beliau menjawab ” Apakah perkara yang tidak aneh pada diri Rasulallah? Setiap perkara yang dilakukan oleh Baginda S.A.W adalah aneh. Pada suatu hari , Baginda S.A.W telah pulang pada waktu malam dan terus berbaring di sisi saya. Kemudian Baginda bersabda, “Biarkanlah aku. Aku ingin beribadat kepada Tuhanku.”

Setelah berkata demikian,Baginda S.A.W terus berdiri bersolat dan Baginda S.A.W mula menangis sehingga air mata membasahi dada Baginda S.A.W. Kemudian Baginda S.A.W rukuk. Dalam rukuk pun, Baginda S.A.W terus menangis. Kemudian, Baginda S.A.W sujud. Dalam sujud pun demikian juga. Baginda S.A.W terus menangis. Setelah bangun daripada sujud pun, Baginda S.A.W masih menangis , sehinggalah Hazrat Bilal radiallahuanhu datang melaungkan azan untuk solat subuh.

Saya telah bertanya , ” Ya, Rasullallah , tuan menangis begitu banyak sekali sedangkan tuan adalah maksum – segala dosa dahulu dan sekarang (kalau ditakdirkan ada sekalipun) telah diampunkan oleh Allah subhana wataala. Baginda S.A.W menjawab ” Adakah tidak patut aku menjadi hamba yang bersyukur? Selepas Baginda S.A.W bersabda ,” Betapa aku tidak melakukan demikian sedangkan hari ini ayat ini telah diturunkan kepadaku,

إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ وَاخْتِلاَفِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ لآيَاتٍ لِّأُوْلِي الألْبَابِ

الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَىَ جُنُوبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ

رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَذا بَاطِلاً سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

( Ali-Imran :190-191)

[Iqmatul-Hujjah]

Terdapat dalam beberapa hadith Rasullallah S.A.W bersolah begitu lama sehingga kaki baginda S.A.W menjadi bengkak kerana terlalu lama berdiri. Orang ramai bertanya, ” Ya Rasulullah , tuan begitu bertungkus-lumus sedangkan tuan sudah diampunkan?’ Baginda S.A.W bersabda, ” Tidakkah patut aku menjadi seorang hamba yang bersyukur?’ [Bukhari]

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s