2:19 am

alhamdullilah saya masih diberi kekuatan dan peluang daripada Allah untuk menikmati segala anugerah daripadaNya.

saya baru sahaja membaca coretan isu berkaitan negara, dunia  yang meliputi isu ekonomi, politik, kewarganegaraan dan banyak lagi.

Isu Palestin-Yahudi, saya sebagai warga Malaysia yang kurang pendedahan terhadap isu semasa, bak kata org” warga kurang prihatin”, hanya melihat 1 aspek sahaja sebelum ini, bantuan Flotilla telah membuka mata saya. hati dan perasaan pon ada rasa ingin mencari kebenaran, otak berfikir namun apa la kudrat insan hina ini..semua di tangan Allah, atas kehendaknya, semakin difikir semakin banyak soalan baru yang tidak berjawab. Saya tawakal ke atas Allah, tuhan pencipta semesta alam, kita hidup senang di dunia pon atas kurnia dan belas dari pencipta.

  1. Apa yang menyesakkan otak adalah di negara sendiri pon berlaku pencerobohan bangsa asing dan mereka bekerja sebagai buruh kasar di sini. Mereka pindah @ “lari” drpd negara mereka ke negara ini kerana xcukup makan di sna.Maksudnya, orang ini perlukan sumber makanan untuk menjamin kehidupan anak-anak cucu mereka. Saya melihat para graduan dan juga ramai remaja yang melihat isu PTI sebagai perkara biasa. Hal ini kerana kami melihat pendatang ini masuk ke sini kerana terpaksa menampung kehidupan.
  2. Mungkin kerana terdesak akibat mencari rezeki di bumi ini bukan mudah, ada yang berani mencuri. Saya memandang serius isu ini kerana bila dilaporkan kepada pihak berkuasa, cap tangan mereka tidak dapat dikesan. Kita serahkan urusan itu kepada Allah subhana wataala.sebab yang dicuri bukan 1 tapi berkali-kali dan dalam kuantiti yang banyak kerana pihak polis tidak dapat menjejak “mereka” ini.
  3. subhanaallah..tukar topik dari perbincangan asal, isu palestin yang dibom. sekarang perdebatan mengenai samada wujud atau tidak “rape” di bumi palestin? sebenarnya tujuan pencerobohan itu adalah untuk memusnahkan saki-baki warganegara palestin di tanah arab itu.
  4. Bila kanak-kanak dan wanita yang dibunuh mati ataupun dibom, itu nyata suatu bentuk penganiayaan.

Bila saya lahir, saya tidak kenal erti penjajah, namun saya didedahkan dengan kekuasaan penjajah di zaman dahulu, tidak pernah tahu kekejaman mereka di tanah melayu. Buku teks sejarah x pernah maklumkan isu itu. Kami belajar dari membaca, kami belajar dari cerita moyang-nenek dan orang-orang tua. Itu lah untungnya menghormati golongan tua ni, dapat cerita free, kita bangga bila ada atok moyang kita yang pernah berjuang mempertahankan bukan saja keluarga tapi tanah yang kita diami sekarang ini, mereka tidak berperang dengan senjata kerana walau dengan apapun, bila senjata lawan orang yang tidak bersenjata, itu bukan syahid namanya, kita bertindak bila kita telah sedia dengan peralatan dan keberanian itu adalah tunjang semangat. Rata-rata pejuang tanah air dulu pergi menentang penjajah adalah kerana semangat mempertahankan bukan saja tanah melayu tapi untuk generasi yang akan datang, anak, isteri , ibu-bapa dan sanak saudara 🙂

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s